Wednesday, February 12, 2014

Bismillah.....

Setelah sekian lama tidak berkesempatan untuk update blog ini, akhirnya dalam keadaan line internet yang agak slow, akhirnya ter update lah jua blog ini berkaitan projek terbaru saya dengan seorang rakan.

Nak tahu apa projek nya?


Lobster Batik, Bamboo & Pasir

Lobster Bamboo

Anda pernah tengok dan makan lobster??




Bagi anda yang pernah makan lobster, pasti akan akui akan keenakkannya :-)

Bagi anda yang ingin merasai sendiri keenakannya, boleh whatsapp di 0111 6702209 !!

Atau layari fanpage kami di 

atau di



Tuesday, October 22, 2013

Mudahnya Menjemput Rezeki....

Assalammualaikum & salam ceria semua :-)

Hari ini saya nak kongsi 1 kisah benar. Harap anda sudi luangkan masa membacanya ya :-)

Tepat jam 10 pagi saya sudah duduk semeja dengannya. Beliau merupakan salah seorang pembaca buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki”. Deretan kedai makan di kawasan Bukit Yong Kelantan, menjadi pilihan . Beliau yang dimaksudkan ialah En. Azlan. Umurnya baru 25 tahun.
Biarpun masih muda, beliau menyimpan beberapa kisah menarik. Khususnya pengalaman beliau ‘menjemput rezeki’ . Pemuda yang sedang duduk di hadapan saya ketika itu rupa-rupanya seorang jutawan muda.
“Bagaimana tuan bertemu dengan buku itu?” saya segera melontar soalan setelah beberapa minit berkenalan.
“Petang semalan saya pergi berbekam di sebuah pusat rawatan bekam . Di sanalah saya terlihat buku tersebut. Perkataan “menjemput” pada judul buku itu sangat menarik perhatian saya. Lalu saya terus membelinya. Apabila sampai di rumah saya terus membacanya sehingga jam 1 pagi. Ternyata ia sebuah buku yang sangat membekas di hati saya. ”
“Kemudian saya berdoa agar dipertemukan dengan penulisnya. Syukur alhamdulillah; tidak sampai 24 jam Allah izinkan kita  bertemu.”
“Apa yang tuan tulis di dalam buku itu seperti menceritakan kisah hidup saya. Benar tuan, hari ini saya yakin untuk mengatakan bahawa; menjemput rezeki terbukti lebih mudah dari mencari  rezeki. Ya, sesungguhnya ‘menjemput’ lebih mudah berbanding ‘mencari’. Alhamdulillah, sudah hampir dua tahun saya menggunakan cara ini. Saya ingin kongsikan salah- satu kisah saya kepada tuan.”  Tambahnya lagi.
Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, saya pula yang teruja mahu mendengarnya. Mengapa tidak? Buat kesekian kalinya saya berpeluang lagi mendengar sebuah kisah ‘from zero to hero’.
“Segalanya bermula pada bulan Ramadhan 2010. Masa itu saya benar-benar berada di garis mula memburu impian ini. Saya benar-benar bermula dari kosong.” Beliau memulakan kata.
“Bermula dari kosong? Apakah yang berlaku sebelumnya?” soal saya pula.
Saya dari keluarga susah. Malah pernah dibanci sebagai keluarga paling miskin di Besut. Saya masih ingat lagi saat melihat ibu saya menangis. Ibu  menangis kerana sedih melihat ulat di kocek baju saya. Pada masa itu saya bekerja sebagai budak pengangkut sampah.
Saya katakan kepada ibu agar jangan sedih dan mohon terus doakan kejayaan saya. Saya yakin akan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. sebelum kita diberi nikmat kita tentu diuji dulu. Begitulah lazimnya. Itulah juga yang berlaku kepada saya.
Semasa bergelar pelajar lagi, saya sudah mula berusaha mencari duit. Malah saya pernah mengusahakan kebun jagung seluas 13 ekar berhampiran KIST (Kolej Islam Sains dan Teknologi ) cawangan Bachok. Kebun seluas itu juga saya kerjakan bersendirian.
Saya masih boleh dilihat mencangkul di kebun jagung walaupun 30 minit lagi peperiksaan akan bermula.” Terang beliau sambil ketawa.
“Kebun jagung yang sudah hampir membuahkan hasil itu menjadi sandaran saya . Kerana itu saya nekad dengan keputusan berhenti belajar. Kononnya untuk memberi tumpuan kepada bisnes kebun jagung saya. Namun, takdir Allah mengubah segala-galanya. Ribut kuat yang jarang – jarang berlaku telah melanda kawasan Besut. Seterusnya memusnahkan segala impian saya.”
 “Ia berlaku pada masa tongkol-tongkol jagung sudah mula menguning. Saya terduduk. Segalanya musnah sekelip mata. Bukan sahaja harapan meraih untung hancur berkecai. Malah saya terpaksa pula menjual satu-satunya motorsikal buruk yang saya ada demi melunaskan sewa tanah kepada orang kampung. Selepas itu saya hanya berjalan kaki”
“Sudahlah begitu, saya terpaksa juga berdepan dengan pilihan yang berat. Iaitu pilihan di antara mahu meneruskan kuliah saya di KIST atau sebaliknya. Minat saya yang membuak-buak terhadap bisnes memaksa saya membuat pilihan ke-2. Hasilnya saya dicemuh oleh hampir semua orang yang saya kenal. Masa depan saya gelap kata mereka!”
“Pada masa itu saya merasakan sedang berada di titik paling bawah dalam roda kehidupan ini. Saya kehilangan kebun. Saya kehilangan kuliah dan tiada kerja. Sudah tentu saya tiada wang. Saya tidak punya apa-apa lagi.
 “Pada masa itu saya cuma ada Allah. Itulah satu-satunya harapan saya. Saya memujuk hati untuk mempercayai bahawa takdir Allah semuanya baik” terang beliau bak air yang mengalir.”
“ Seterusnya pada hari bersejarah itu, saya bertemu seseorang dan mohon dipinjamkan wang sebanyak RM50 bagi memulakan hidup baru. Modal itu sebahagiannya saya gunakan untuk fotostat sebanyak 300 keping risalah dengan maksud mahu menjual tanah bagi pihaknya.  Dengan harapan bolehlah mendapat sedikit komisyen jika ada orang yang mahu membeli.”
“Pada ketika itu saya memang tidak tahu apa-apa tentang urusan jual-beli tanah. Apa yang saya tahu cuma mahu mengedarkan risalah. Dan memang hanya itu saja peluang yang saya ada. Rasa terpaksa dan malu usah cakap. Saya tidak mampu untuk memikir selainnya.”
“Benarlah sesungguhnya Rezeki dari Allah. Sesingkat 3 jam saya berhasil mendapat RM2000 dari usaha itu. Seterusnya meningkat menjadi berpuluh dan beratus ribu ringgit; dan dalam tempoh beberapa bulan sahaja seorang yang asalnya ‘zero’ tiba-tiba menjadi ‘hero’. “
“Ya, saya benar-benar menjadi hero sehingga saya lemas dan leka dalam limpahan rezeki yang tidak disangka-sangka itu.”
“Syukur kepada Allah yang segera memimpin saya agar segera kembali ke pangkal jalan. Saya segera sedar bahawa rezeki itu sesungguhnya kurniaan Allah dan bukan kerana hebatnya usaha dan kepintaran saya.
“Boleh tuan terangkan secara khusus apakah amalan tuan sehingga mendapat rezeki yang luar biasa itu?” saya memotong ceritanya.
“Apa yang tuan tulis di dalam buku, itulah yang saya amalkan. Contohnya, saya tidak akan memulakan kerja selagi belum bersedekah. Begitulah yang saya lakukan setiap hari. “
“Alhamdulillah rezeki terus datang mencurah-curah sehingga sejuta yang pertama dapat saya raih dalam tempoh setahun. Tepatnya pada bulan ramadan tahun berikutnya. Iaitu pada bulan ramadan tahun 2011.
“Pada suatu hari saya mendapat panggilan telefon dari seseorang yang mahu menjual tanah. Tanah seluas 5 ekar itu terletak di Kampung Raja, Besut. Tuan tanah dengan senang hati mahu menjualnya kepada saya. Malah beliau mahu menjualnya dengan harga RM428,000. Ternyata harga yang ditawarkan itu jauh lebih rendah dari harga pasaran. “
“Kemudian saya pecahkan tanah itu menjadi beberapa lot dan menjualnya semula. Keseluruhan tanah-tanah lot itu dapat dijual dalam tempoh setahun. Urus niaga itu berjumlah RM1.5 juta. Akhirnya seorang budak miskin berjaya menjadi jutawan.”
“Hari ini apabila direnung kembali skrip kehidupan lalu, saya segera insaf . Rezeki besar yang Allah beri sesungguhnya bukan sekadar untuk memenuhi keperluan saya semata-mata”
“Rezeki yang melimpah-ruah itu rupa-rupanya untuk dikongsi dengan ramai orang lain yang lebih memerlukan. Alhamdulillah dengan izin-Nya saya berusaha menjaga kebajikan sekitar 70 orang anak-anak yatim dan miskin. Mereka berada di Besut, Pakistan, Kemboja dan Indonesia. “
“Saya percaya jumlah mereka ini akan bertambah lagi. Namun, saya tidak pernah bimbang tentang rezeki. Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui keperluan saya. Saya sekadar melakukan kerja-kerja yang saya mampu, selebihnya biarlah Allah melakukan kerja-Nya. “
“Akhirnya saya sampai ke titik keyakinan bahawa menjemput rezeki itu lebih mudah berbanding mencari-cari rezeki. Yakni mengutamakan Allah dalam setiap masa dan keadaan.”
“Saya suka membaca dan sudah membaca berpuluh buku yang bagus-bagus. Secara peribadi saya suka untuk mengatakan buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki’ merupakan buku kedua yang membekas di hati saya selepas ‘La Tahzan’ tulisan Dr. Aid.
“Tuan mesti terus menulis dan menyampaikan kebenaran.” katanya tegas.
Saya tersenyum dan berdoa di dalam hati,
“Ya Allah, limpahkanlah taufik dan hidayah-Mu agar setiap pemilik buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki’ diberi kekuatan untuk beramal dengan apa yang sudah mereka baca. Amin, amin, amin ya Allah…”
“Sesungguhnya kisah ini sekadar satu titik kecil dari rahmat Allah yang melimpah ruah ke atas semua makhluk-Nya.” Bisik saya lagi. :

Nota:  Artikel ini pernah diterbitkan di Majalah Anis terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd, keluaran Oktober 2012.

Kandungan
Bahagian 1 : Apa Itu Rezeki?
·         Bab 1 : Rezeki Bukan Sekadar Nampak Di Mata
·         Bab 2 : Udara, Air dan Gunung Adalah Rezeki
·         Bab 3 : Ilmu Adalah Rezeki
·         Bab 4 : Kaitan Antara Usaha dan Rezeki
·         Bab 5 : Harta & Rezeki
·         Bab 6 : Allah sentiasa Membantu
·         Bab 7 : Hubungan Rezeki dan Iman
·         Bab 8 : Rezeki, Apakah Bertambah atau Tidak…?
·         Bab 9 : Tangkal, Kayu dan Batu Azimat Menambah Rezeki..?
·         Bab 10 : Kunci Rezeki
Bahagian 2 : Menjemput Rezeki
·         Bab 11 : Menjemput VS Mencari
·         Bab 12 : Menjemput Rezeki Dengan Mengutamakan Solat
·         Bab 13 : Menjemput Rezeki Dengan Solat Tahajud
·         Bab 14 : Menjemput Rezeki Dengan Solat Dhuha
·         Bab 15 : Menjemput Rezeki Dengan Zikir
·         Bab 16 : Menjemput Rezeki Dengan Doa
·         Bab 17 : Menjemput Rezeki Dengan Mendoakan Orang Lain
·         Bab 18 : Menjemput Rezeki Dengan Sedekah
·         Bab 19 : Menjemput Rezeki Dengan Membaca Al-Quran
·         Bab 20 : Menjemput Rezeki Dengan Asma' ul-Husna
·         Bab 21 : Menjemput Rezeki Dengan Bersyukur
·         Bab 22 : Menjemput Rezeki Dengan Tekun Berusaha
Bahagian 3 : Cerita Menjemput Rezeki
·         Bab 23 : Dibalas dalam 24 Jam!!
·         Bab 24 : Ikhlas RM50, dibalas RM10,000
·         Bab 25 : "Tolonglah Anak Saya, Ustaz"
·         Bab 26 : Memberi Tanpa Syarat
·         Bab 27 : Binatang Tidak Mampu Membalasnya
·         Bab 28 : Daripada Hina Jadi Mulia
·         Bab 29 : Berkat Belajar Al-Quran
·         Bab 30 : Bos Hanyalah Posmen
·         Bab 31 : Ikhtiar Rohani dengan Surah Yassin
·         Bab 32 : Sebuah Keajaiban
·         Bab 33 : Sedekah Si Penarik Beca
·         Bab 34 : Sedekah sebagai Ubat
Bahagian 4 : Apa Perlu Saya Buat Sekarang ?
·         Bab 35 : Ciptalah Impian Hari Ini
·         Bab 36 : Bagaimana Membina Impian yang Seimbang..?
·         Bab 37 : Ibu, Ibu Apa Khabar..?
·         Bab 38 : Inilah Impian Kita
·         Bab 39 : Strategi Ghaib
·         Bab 40 : Bertaubatlah!!

Thursday, September 26, 2013

SEMINAR BORONG EMAS DI SABAH




SEMINAR BORONG EMAS 2013 - SABAH

Ketahui Rahsia Perniagaan Emas dan Ketahui Cara Membeli Emas Dari Kilang.

Tawaran Dibuka Kepada mereka yang berniaga emas secara kecilan, Pemilik Kedai Emas dan bakal usahawan yang berminat. 
Untuk Pendaftaran SILA TAIP SMS: BORONG EMAS<>NAMA<>LOKASI ANDA ke : 017-2256926 (HUZA)

Tuesday, September 17, 2013


TAWARAN MENJADI PEMBORONG SAH KILANG EMAS MALAYSIA !!!!

Kepada mereka yang berminat untuk menjadi pemborong sila bertindak sekarang...
Kelebihan yang anda perolehi ialah :
1. Layak Membeli Emas Tulen harga Kilang ( Kadar Mutu 0.925 - 0.935 )
2. Mempunyai Pelbagai Jenis Produk Jewellery yang akan dibuat dan disertakan katalog online PERCUMA
3. Website Tempahan secara Online disediakan
4. Customize ( Anda Boleh Tempah produk jewellery anda sendiri dengan memberi contoh sahaja tertakluk pada terma dan syarat)
5. Customize ( Anda boleh menempah Produk Bar / Syiling / Dinar Brand anda sendiri dengan memberi design kepada kami tertakluk pada terma dan syarat)
CONTOH PENGIRAAN HARGA EMAS SEMASA:
Katakan Harga 1kg ( 1000 gram) Emas 999.9 : RM148,524
Harga Emas 1 Gram 999.9 : RM148.52
Anda diberikan Gred Mutu diantara : 0.925-0.935 (GRED PEMBORONG)
Katakan Mutu : 0.935
So Untuk mendapatkan EMAS 916 (Jewellery)
= RM148,524 (EMAS 999) x 0.935
= RM138.87 / Gram ( HARGA EMAS YANG PERLU DIBAYAR) 
KOS UPAH EMAS :
Kos Upah Standard bergantung kepada produk yang dibuat.
Kos Minima: RM2.50 – RM10 /gram
Kos Utas : RM35 – RM150 /utas
Kos Bentuk Cincin : RM9 – RM25 /bentuk
KOS KESELURUHAN YANG PERLU DIBAYAR IALAH :
= KOS EMAS + KOS UPAH = KOS WHOLESALE ( ANDA)
CADANGAN:

ANDA DI CADANGKAN MENCARI AGENT PERCUMA SEBANYAK 10 ORANG .. LAGI BANYAK LAGI BAGUS.

CONTOHNYA: ANDA ADA 20 ORANG AGENT JUALAN EMAS ANDA.
Katakan Setiap Agent Buat Jualan sehari 50 gram
= 50 gram x 20 agent
= 1000 gram Tempahan Sehari

ANDA DI SYORKAN BUAT PROFIT : RM2.00 -RM3.50/GRAM ( WHOLESALE)
= 1000 GRAM X RM2.00
= RM2000 sehari gaji anda sebagai wholesale
= RM60K sebulan (CONFIRM BERHENTI KERJA )
Jap...Jap ada lagi ...

BONUS TAMBAHAN (TERHAD 100 PEMBORONG TERAWAL)
1. Dengan Menyertai Kilang Emas Malaysia anda diberikan BONUS iaitu Automatik menjadi agent GSR dengan YURAN KEAHLIAN RM1000 ( PERCUMA)
2. Layak Membuat belian secara Online (Produk Ready Stock ) di Website :www.gsr2u.com.my
3. Anda akan diajar menjadi wholesale terbaik dan usahawan berjaya oleh CEO sendiri dengan teknik-teknik marketing yang luar biasa.

YURAN KEAHLIAN SEUMUR HIDUP : RM1000 SAHAJA. 
Jika anda sendiri order direct kilang minima 1KG keatas bergantung sejauh mana anda boleh close deal dengan tokey kilang. Tetapi dengan kami tiada syarat minima order 1 gram cincin pun kita layan.........Janji sama-sama Untung2.....
FAST ACTION FAST RESULT !!!! 

Untuk pendaftaran sebagai Pemborong:

1. sila daftar disini www.gsr2u.com.my
2. sertakan salinan kad pengenalan diri depan & belakang
3. buat pembayaran ke akaun syarikat
4. pos / email / fax borang, salinan kad pengenalan dan bukti pembayaran kepada syarikat
5. Emailkan Borang, Bukti Bayaran ke : payment@gsr2u.com.my cc juga ke huzret@gmail.com
Maklumat akaun Bank :

Nama akaun – Gold Silver Resources Sdn Bhd
Maybank – 652106621240
CIMB – 12051311396052 
*PENGESAHAN PENDAFTARAN AKAN DIPROSESS SETELAH PEMBAYARAN DIBUAT.

Tuesday, April 24, 2012

Tawaran TERHAD !!



Belilah 1 cincin setiap bulan !! Harga 1g cincin baru RM191.00



Tawaran TERHAD !! 

Beli 2 cincin 1g or 2g ini, anda akan dapat PERCUMA 2 bekas cincin spt dlm gambar.




Untuk rujukan gambar & harga, sila layari www.gsr2u-huza.blogspot.com atau call 017 2256926

Sunday, March 18, 2012

Gold Silver Resources Sdn Bhd - GSR

 Salam ceria buat anda :-)


Post sy pada kali ini sy ingin kongsikan pengalaman saya yg kini menjadi agen untuk sebuah syarikat bumiputera dalam penjualan emas & perak iaitu GOLD SILVER RESOURCES SDN BHD - GSR.


Setelah hampir 2 bulan menjadi agen GSR, sy dapati ianya berlainan sedikit dari syarikat2 emas yang lain. Anda nak tahu apakah kelainannya??


Dibawah ini sy nyatakan serba sedikit tentang kelebihan sykt GSR ini & jika anda inginkan maklumat lebih lanjut, anda boleh layari www.gsr2u.com.my/huza atau www.gsr2u-huza.blogspot.com

Peluang Perniagaan EMAS PERAK
Bersama - GOLD SILVER RESOURCES SDN BHD


Promotion Dealer : RM1,000 sahaja (Yuran Keahlian)

Keuntungan Menjadi Pengedar GSR:

Produk Emas (Jewellery)

1. Emas 999 RM15.00/gram (Diskaun)
2. Emas 916 RM10.00/gram (Diskaun)
3. Buy Back RM4.00/gram (Direct)
4. Komisen Direct RM1.50/gram
5. Kos Penghantaran Percuma

Produk Silver

1.Keuntungan Persenol 2-3%
2.Keuntungan Rangkaian - 0.6-1.00%
3.Keuntungan Belian Semula : 16-21%
4. Percuma Kos Penghantaran 1kg keatas.


Setelah anda menyertai GSR apa yang anda perolehi dengan bayaran RM1,000 tersebut ??:

ANDA DAPAT PERCUMA :

 
1. WEBSITE MARKETING Contoh : www.gsr2u.com.my/(nama anda)
2. Jaket GSR
3. Bisnes Card 300 keping
4. Flyer 300 keping
5. Seminar di sponsor
6. Bantuan Marketing di berikan.
7. Khairat Kematian
8. Penghantaran Percuma
9.Jaminan Belian Semula

Dan Banyak lagi yang akan diperolehi sila rujuk slide show yang akan diberikan upon request.

www.gsr2u.com.my/huza

Monday, February 20, 2012

Al Quran Read Pen - Sesuai Dijadikan Cenderahati Dan Hantaran

Salam sejahtera. 

Saya sangat pasti anda pasti tahu apakah kelebihan Al Quran Read Pen ini bukan? Jika anda sedang tercari-cari hadiah untuk teman2 atau insan tersayang, adalah molek jika kita hadiahkan Al Quran Read Pen ini :-) 

Banyak manfaat buat kita semua. Harganya jua saya jamin berbaloi & menepati bajet anda.


Kenapa Anda Harus Memiliki Al-Quran Read Pen ??

1.  Bacaan oleh qari-qari terkenal seperti Sheik Al Hudayfi & Sheikh Abdul Rahman As Sudais;
2.  Kualiti suara yang jelas dan berkualiti boleh didengari melalui pembesar suara dan fon telinga;
3.  Mempunyai terjemahan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
4.  Panel read pen yang mesra pengguna dan mudah dibawa;
5.  Diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), Malaysia;
6.  Bacaan read pen meliputi al-quran, iqra, doa harian, doa haji & umrah, bacaan solat, azan dan lain-lain.

Kaedah Bacaan Al-Quran Read Pen

1.  Bacaan lengkap surah apabila pen dihalakan pada indek atau tajuk surat;
2.  Bacaan lengkap setiap muka surat apabila pen dihalakan pada mukasurat;
3.  Bacaan ayat al-quran apabila pen dihalakan pada sesuatu ayat;
4.  Panel kawalan pen Pause, Repeat, Translate, Next, Volume & MP3 sesuai digunakan untuk tujuan hafalan dan ulangkaji.

Pakej Al-Quran Read Pen

1.  Naskah A-Quran Rasm Uthmani bersaiz A5;
2.  Koleksi doa harian dan doa umrah & haji;
3.  Naskah Muqadam dan Iqra;
4.  Kabel sambungan USB;
5.  Indek 30 Juzuk;
6.  Set fon telinga;
7.  Kad jaminan.


Sudah pasti anda tidak sabar nak tahu harganya bukan?

Kebanyakkan harga dipasaran adalah dari RM280 - RM400, tetapi harga yang akan saya tawarkan ini adalah......

RM220.00 se unit 

Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia
+
Jaminan Read Pen 1 TAHUN


Jika anda berminat untuk mendapatkannya, hubungi Puan Huza - 017 2256926 untuk urusan selanjutnya ya :-)

Wednesday, February 8, 2012

10gram 999.9 Bunga Raya Gold Coin

Anda ingin mendapatkan product 10g 999.9 Bunga Raya Syiling Emas 24k seperti di bawah?

Harga yang ditawarkan adalah menarik. Sila hubungi Huza di 0172256926. Anda boleh refer pada website Nubex di  http://www.nubex.com.my/webuy.php sebagai rujukan harga ya.

Insya Allah akan ada potongan harga yang akan di berikan.

Cepat, jgn lepaskan peluang yang menarik ini.

Ini contoh product 10g 999.9 Bunga Raya Gold Coins

Sunday, January 8, 2012

Harga Emas Dijangka Naik RM5,662 seauns


HARGA emas dijangka kekal di paras tinggi tahun ini apabila bank pusat global dijangka akan terus membeli logam berharga itu yang dianggap selamat ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata OCBC Bank.

Ia berkata, komoditi itu kemungkinan meningkat naik kepada AS$1,800 (RM5,662) seauns menjelang akhir tahun apabila bank-bank pusat mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing.
Dalam laporan penyelidikan Prospek Komoditi 2012 bank itu, OCBC berkata, pembelian emas yang dibuat oleh bank-bank pusat tahun lalu adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding 2010.
Langkah itu menyebabkan berlaku aliran peningkatan bagi logam berharga itu apabila jongkong emas dianggap sebagai penyimpanan nilai bagi pelabur dan pihak berkuasa global.

“Kini, kami melihat harga emas semasa sekitar AS$1,600 seaun sebagai agak wajar,” kata bank itu.

Emas, katanya, telah mencatatkan prestasi cemerlang, meningkat hampir 20 peratus, bagi gabungan kadar pertumbuhan tahunan, bagi tempoh 10 tahun lalu.

OCBC percaya aliran itu akan berterusan tahun ini kerana kenaikan harga emas didorong oleh persekitaran kadar faedah sebenar negatif apabila bank-bank pusat dijangka menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan.
Buat masa ini, emas masih dicadangkan sebagai komoditi yang selamat, kata bank itu.

Memetik kaji selidik Bloomberg baru-baru ini, bank itu berkata daripada 26 peniaga, 70 peratus masih yakin dengan kedudukan harga emas yang tinggi disebabkan keperluan untuk melindungi aset. – BERNAMA

Petikan dari : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HargaemasdijangkanaikRM5_662seauns/Article/index_html